Peranan MicroRNAs dalam Pengawalaturan Proses Hematopoiesis

78 Halaman

Penulis

,

ISSN

2250-1852 (ONLINE)

Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia

Diterbitkan pada

31/07/2023

Bahasa

Indonesia

DOI

-

Kata Kunci

, ,

Abstrak

MicroRNAs (miRNAs) adalah jujukan RNAs bersaiz pendek yang terlibat dalam pengawalaturan transkripsi akhir dalam pelbagai proses biologi sel. Pengikatannya secara komplementari pada sasaran RNA pengutus boleh merangsang kemerosotan proses translasi dan degradasi molekul sasaran yang membawa kepada penurunan pengekspresan protein. Pengawalaturan translasi protein oleh miRNA adalah mekanisme pengawalaturan transkripsi akhir pengekspresan gen yang luas dan berevolusi. Oleh itu, sebahagian besar gen mamalia mungkin dikawal oleh miRNAs. Dalam sistem hematopoietik, keduadua pengawalaturan proses transkripsi dan transkripsi akhir pengekspresan gen menjamin kelancaran proses pembezaan dan keberfungsian sel stem, sel progenitor yang komited serta sel matang. MiRNAs telah dikaitkan pada semua peringkat haematopoiesis termasuklah untuk pengawalaturan aktiviti pembaharuan diri dan pembezaan sel-sel stem hematopoietik (HSCs) kepada sel hematopoietik berbeza keturunan. Dalam penulisan ini, peranan umum biogenesis miRNA dalam perkembangan sel-sel hematopoietik, serta fungsi-fungsi spesifik miRNAs tertentu dalam pengawalaturan haematopoiesis dibincangkan.

Kata Mereka

Testimoni Pengguna M3

Lebih Banyak